Dikelilingi Ramai Wanita Muda Di Britain, Dr Amalina Luah Rasa Terharu Terima Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021

Pakar bedah terkenal, Dr. Amalina menerima penghargaan dalam kategori profesion di Anugerah Wanita Masa Hadapan United Kingdom 2021 (UK Women of the Future Award 2021), semalam.

Rasa sangat terharu

Dr. Amalina atau nama sebenarnya Nur Amalina binti Che Bakri berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Saya sangat terharu menerima anugerah ‘Highly Commended‘ dalam kategori profesion di UK Women of the Future Award 2021. Rasa rendah diri untuk dikelilingi ramai wanita muda di Britain, peneraju dari pelbagai bidang perubatan, undang-undang, teknologi, STEM, sukan dan banyak lagi.

Menurut Dr. Amalina, beliau terharu dan rasa rendah diri dikelilingi wanita-wanita muda Britain yang hadir dari pelbagai bidang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kesemua penerima anugerah pada malam itu.

Netizen tumpang bangga

 

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang bangga dengan kejayaan yang diperoleh anak kelahiran Malaysia itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr.Amalina atas pencapaiannya.

Sumber: Dr.Amalina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:OHBULAN

Artikel Berkaitan   Isteri Pengasas Terkenal Bongkarkan Sikap Sebenar Suami.Dikatakan Hampir Setahun Tidak Duduk Sebumbung.