Pernah Viral ‘Dipinang’ 200 Wanita, Doktor Cari Jodoh Guna ‘Resume’ Dah Nikah

Seorang doktor siswazah yang sebelum ini mengiklankan ‘jawatan kosong’ mencari bakal isteri sehingga tular di media sosial akhirnya telah menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, baru-baru ini.


Menerusi satu ciapan di laman Twitter, Muhammad Naquib Hasief Baharin memuat naik tangkapan skrin laporan berita mengenainya tahun lalu dan sekeping foto di atas pelamin bersama isteri yang dikenali sebagai Julia Lee.

Sebelum dan selepas

 

Berdasarkan foto merpati dua sejoli tersebut, lelaki berusia 27 tahun itu dan pasangan tampil mengenakan busana sedondon berwarna ‘turquoise’ lembut sambil tersenyum setelah sah bergelar suami isteri.

Selain itu, dia yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah gembira apabila kini dapat menjalani kehidupan rumah tangga bersama ‘crush’ yang diminatinya sejak April lalu.

Hari2 boleh ambil gambar dengan ‘crush’

Ciapan berkenaan diulang kicau hampir 1,500 kali dan mendapat 7,319 tanda suka selain komen warganet yang mengucapkan selamat pengantin baharu selain mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Ni pinangan ke berapa?

Tahniah! Selamat pengantin baharu

Ingat lagi viral ni…

Moga bahagia ke anak cucu!

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Naquib menerima lebih 200 mesej peribadi (DM) di Instagram selepas memuat naik iklan ‘jawatan kosong’ itu di media sosial.

Malah, dia turut berkongsi ‘resume’ yang direka dalam bentuk ‘slide presentation’ menceritakan mengenai dirinya sekali gus disifatkan kreatif sehingga menarik perhatian ramai.

Kenapa awak perlu ‘date’ saya?

Kelebihan & kekurangan

Sumber: Twitter @Qiiib