Tinggalkan Najis? Geng Kuda Drive-Thru McD Dikecam – “Siapa Pulak Nak Cuci..”

Seolah-olah mahu memperlihatkan kelainan kepada orang ramai, sekumpulan penunggang kuda melakukan pandu lalu di sebuah restoran makanan segera popular McDonald’s dipercayai di Edusphere, Cyberjaya.


Beberapa keping foto yang memaparkan tindakan kumpulan tersebut dimuat naik di laman Twitter Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) sehingga diulang kicau hampir 1,000 kali dan menerima 2,072 tanda suka.

Berdasarkan gambar dikongsi, dapat dilihat sekumpulan penunggang kuda lengkap berpakaian keselamatan itu membuat pesanan menu di kaunter pandu lalu yang sememangnya sinonim dengan laluan kenderaan.

“Hanya di Cyberjaya. ‘Drive thru’ McD guna kuda sebab kereta dah terlalu biasa,” tulis akaun Cyberjaya Info di ruangan ciapan.

Bagaimanapun, ada seorang individu @clanz3r memuat naik sekeping foto memaparkan ‘sisi lain’ pemandangan di lokasi terbabit dengan mendakwa terdapat najis ditinggalkan haiwan berkenaan.

Kalau kuda buang air besar macam mana?

“Tak payah ‘kalau’. Memang kawan tu dah tinggalkan hadiah (najis) pun tu haaaa chocotop atas jalan,” tulis @clanz3r menjawab salah satu persoalan yang timbul dalam kalangan warganet.

Rata-rata mempersoalkan dan mengecam tindakan kumpulan terbabit, siapa pula yang akan membersihkan ‘najis’ berkenaan? Satu hal pula ibarat menyusahkan pihak sekeliling.

Kutip la balik!

Siapa nak cuci?

Namun, terdapat juga seorang lagi individu @itsamnhkm menjelaskan bahawa ketulan didakwa najis itu adalah tanah yang melekat pada tapak kaki kuda dan akan ‘ditanggalkan’ haiwan itu apabila berjalan di atas permukaan bersimen.

Bagi menjawab persoalan sama ada dibersihkan atau tidak, Cyberjaya Info memaklumkan pihak yang mengiringi kumpulan tersebut telah bertindak membersihkan kotoran najis di pandu lalu itu berdasarkan satu tangkapan skrin komen netizen di laman Facebook.

Bersihkan ‘buah tangan’ yang berciciran

Difahamkan, sekumpulan penunggang kuda terbabit bukanlah golongan kaya yang menunjukkan kemewahan sebaliknya penjaga kuda di sebuah sekolah menunggang kuda yang berdekatan McDonald’s berkenaan.

Sumber: Twitter @Twt_Cyberjaya