Gadis Dakwa Ditahan Wad Selepas Makan Ayam 3x Spicy – “Perut Rasa Berapi2, Sakit Tak Hilang..”

Seorang gadis berdepan detik cemas apabila mengalami sakit perut yang teruk selepas menikmati seketul ayam tiga kali pedas (3x spicy) daripada sebuah restoran makanan segera popular, baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, gadis dikenali sebagai Siti Amalina itu terpaksa memandu sendiri ke sebuah hospital di Shah Alam, namun mendakwa menunggu giliran terlalu lama sebelum mengambil keputusan ke pusat perubatan swasta.

Dikejarkan ke wad kecemasan

“Sebab ayam spicy 3x, aku dikejarkan ke wad kecemasan. Perut rasa berapi-rapi, telan gastrorelief sampai sebotol tapi sakit tu tak hilang.
“Aku keseorangan, jadi hidupkan enjin kereta pergi hospital tapi giliran menunggu terlalu lama sampai rasa nak pengsan,” tulisnya yang mesra dipanggil Amal.

Menurut Amal, dia menerima tiga suntikan bagi mengurangkan refluks asid dalam perut namun tetap mengalami kesakitan sebelum diminta untuk berehat selama hampir empat jam di wad pusat perubatan tersebut.

Dapat ubat pun masih terasa sakit

“Dibenarkan keluar wad, kena bayar RM450. Nasib baik ada tunai & kad kredit yang sentiasa disediakan. Perut masih rasa tak selesa tapi doktor sentiasa memantau jika mengalami refluks asid lagi,” katanya.

Selepas dibenarkan pulang ke rumah, Amal mengakui seolah-olah ‘menyesal’ dan tidak akan membeli lagi menu berkenaan kerana dia tidak pernah mengalami kesakitan seperti itu meskipun pernah menjamah Samyang iaitu makanan pedas popular dari Korea.

Tak tak pasti apa bahan dalam ayam tu?

Malah Amal menjelaskan, dia ‘berani’ merasai ayam 3x spicy itu kerana sememangnya menggemari makanan pedas dan bukannya menyahut cabaran seperti dilakukan oleh segelintir individu lain.

Pecinta makanan pedas!

“I makan sebab I memang pecinta makanan pedas. Sebab makanan manis macam minuman berasaskan susu semua bukan kegemaran I. Jadi memang bukan sebab cabaran ye, I suka makan pedas tapi kena berpada-pada,” kongsinya.

Posting tersebut diulang kicau lebih 5,000 kali serta pelbagai komen warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi itu selain menasihati orang ramai agar ‘sedar diri’ mengenai tahap kesihatan sebelum mencuba sesuatu makanan pedas.

Artikel Berkaitan   Sufian Suhaimi Selesai Fasa ‘Pulih’ Luk4 Cinta Lama, Tengah ‘Warmup’ Siap Sedia Kahwin Bila-Bila Masa

Sumber: Twitter @ctyamalina