7 Bahan Yang Baik Untuk Kulit Tapi Menjadi Buruk Bila Digunakan Berlebihan

Masyarakat kita memang banyak petua dan kaum hawa memang gemar mempraktikkanya terutama sekali bila ia berkait dengan kecantikan.

Tapi realitinya tak semua petua yang dikongsi berkesan dan selamat. Ada sesetengahnya menggunakan bahan yang mungkin menyebabkan kesan radang dan hasil yang tidak baik.

Sekiranya ada petua yang menggunakan bahan-bahan berikut sebaiknya hindari dari mempraktikkannya.

1. Baking soda keringkan kulit

Ia mungkin kelihatan seperti bahan skrub yang biasa kita gunakan tapi hakikatnya ia tidak elok diaplikasikan pada kulit kita. menggunakannya secara terus pada kulit muka akan menyebabkan kulit kering dan hilang kelembapan jika digunakan secara rutin.

2. Ubat gigi buat kulit terbakar

Jangan letakkan ubat gigi pada jerawat atau bintik-bintik merah. ia tidak akan membantu, Ini kerana ubat gigi mengandungi bahan seperti peppermint, peroksida, perasa tiruan dan alkohol yang boleh menyebabkan kulit terbakar atau kemerahan.

3. Air panas penyebab jerawat makin banyak

Air oanas akan mengeringkan kulit dan merosakkan perlindungan semula jadi kulit. Air ini juga berbahaya pada mereka yang mengalami ekzema, psoriasis atau keratosis. Ia akan menyebabkan jerawat merebak pada mereka yang mempunyai kulit bermasalah.

4. Garam dan gula rosakkan kulit

pada kulit tubuh, garam dan gula mungkin elok sebagai skrub. Campurkan dengan minyak kelapa dan gula perang untuk menghasilkan skrub bagi tubuh. tapi awas skrub ini agak kasar untuk digunakan pada kulit muka. Ia menjejaskan kulit wajah yang lembut dan mengambil masa untuk dipulihkan.

5. Krim tangan tak sesuai untuk wajah

Kulit pada bahagian tangan tidaklah sensitif berbanding dengan kulit wajah. Sebab itu kulit tangan tiada masalah bila mengendalikan produk pembersih setiap hari. Tapi kulit wajah tidak begitu.

Artikel Berkaitan   Ibu Cantik 3 Anak Ini Nekad Untuk Kurus Selama 10 Hari, Hasilnya Beliau Sendiri Terkejut Amalkan Minuman Ini Kurang 10KG

Sebab itu jika ada petua meminta menggunakan krim tangan pada wajah ia sebaiknya tidak diikuti. Krim ini boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan radang malah alahan.

6. Lemon

Banyak petua yang menyarankan menggunakan lemon untuk menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan jerawat.

Apabila mengoles jus lemon pada wajah kesannya cukup mendalam. Minyak yang terkandung dalam buah ini juga bersifat ‘phototoxic’ yang mana akan menyebabkan kulit ‘terbakar jika terus terdedah kepada matahari sejurus selepas menggunakannya.

7. Kulit kayu manis

Banyak petua yang mengatakan serbuk kulit kayu manis cukup berguna untuk merawat jerawat, bintik hitam dan pigmentasi. Tapi ramai yang tak tahu serbuk kulit kayu manis ini adalah panas, ia boleh menyebabkan kulit terbakar, kering dan kemerahan.

Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah yang mungkin mengambil masa untuk dipulihkan.

Lepas ni kalau ada produk yang menyarakankan menggunakan bahan-bahan ini terus pada wajah, sebaiknya fikir dua kali. Bimbang bukan kulit wajah makin elok tapi sebaliknya.