9 Khasiat Rahsia Pokok Dukung Anak Yang Ramai Tidak Tahu. No 2 Yang Boleh Diamalkan Oleh Pesakit Batu Karang

Pokok dukung anak biasanya tumbuh melata di tepi rumah, di tepi jalan, dan di tepi longkang. Malah ada yang tidak mengenali pokok herba dengan ini dan menyangka ia adalah rumput yang langsung tidak berguna.


Tahukah anda yang sebenarnya pokok dukung anak mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang pastinya membuatkan anda terkejut?

Pokok dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus adalah sejenis tumbuhan dari spesis herba berubat yang selalunya dijumpai di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, malah ianya juga ada di negara China dan Amerika Syarikat.

Terdapat banyak jenis pokok dukung anak yang telah dikenal-pasti di seluruh dunia, dan di antara yang dijumpai di Malaysia adalah dari jenis:

  • Phyllanthus Amarus
  • Phyllanthus Niruri
  • Phyllanthus Urinaria
  • Phyllanthus Debilis

Sumber: Researchgate

Mungkin juga anda tidak mengenali pokok dukung anak kerana anda memanggil pokok herba ini dengan nama yang lain. Di antara nama lain bagi pokok dukung anak ialah:

  • Buah amin
  • Rami buah
  • Turi hutan
  • Nipon-nipon
  • Chanca piedra
  • Keelaanelli
  • Meniran
  • Quebra pedra
  • Zhen chu cao
  • Ye xia zhu
  • Stone breaker
  • Shatter stone
  • Child pick-a-back

Apakah kebaikan dan khasiat pokok dukung anak?

Pokok dukung anak sememangnya terkenal dengan kebaikan dan manfaat untuk kesihatan. Ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia sejak zaman dulu kala lagi sebagai perubatan alternatif. Di antara khasiat pokok dukung anak ialah:

  1. Merawat penyakit berkaitan hati

Hati manusia boleh rosak akibat toksin yang berlebihan. Di antara penyit berkaitan hati yang paling kerap berlaku ialah jaundis atau demam kuning, hepatitis B, dan kanser hati. Salah satu daripada khasiat pokok dukung anak ialah untuk merawat penyakit berkaitan hati dengan cara membantu hati untuk detoks atau menyah toksin. Untuk merawat hati dengan pokok dukung anak, berikut adalah caranya:

  • Ambil secekak pokok dukung anak, bersihkan.
  • Rebus dalam 3 cawan air.
  • Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh.
  • Minum air rebusan pokok dukung anak tadi sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk mendapat hati yang sihat dan bersih dari toksin.
  1. Mengubati penyakit batu karang

Penyakit batu karang sememangnya menyakitkan. Jika anda terkena penyakit batu karang, anda boleh berikhtiar dengan menggunakan pokok dukung anak. Caranya ialah dengan minum air rebusa pokok dukung anak seperti yang kami kongsikan di atas, atau boleh juga jadikan pokok dukung anak sebagai ulam dimakan dengan nasi. Caranya, celur pokok dukung anak dan jadikan sebagai ulam. Insya Allah batu karang anda akan hancur jika diamalkan selalu.

  1. Merawat demam malaria

Mungkin pada masa ini demam malaria agak jarang berlaku. Pada satu masa dahulu, wabak demam malaria adalah satu perkara yang biasa, dan orang lama menggunakan pokok dukung anak sebagai alternatif untuk mengatasi demam tersebut. Caranya:

  • Keringkan pokok dukung anak dengan cara menjemur dibawah panas matahari.
  • Setelah betul-betul kering, tumbuk sehingga halus.
  • Serbuk pokok dukung anak tadi boleh dicampurkan dengan air untuk dijasikan sebagai minuman bagi menurunkan suhu akibat demam dan mengurangkan simptom demam malaria yang lain.
  • Selain itu, serbuk tadi juga boleh dicampurkan ke dalam makanan dan juga dicampurkan dengan sedikit air untuk disapukan keseluruh badan bagi menurunkan suhu badan yang terlampau tinggi.

Sumber: Halodoc

  1. Mengurangkan gejala asma

Jika anda atau orang tersayang mengalami penyakit asma, apa kata anda berikhtiar dengan pokok dukung anak. Caranya ialah dengan mengeringkan pokok dukung anak seperti cara yang kami kongsikan di atas, dan campurkan serbuk dukung anak itu tadi ke dalam makanan dan minuman pesakit asma. Insya Allah jika diamalkan secara konsisten, semput-semput yang dialami akan berkurangan.

  1. Menambah selera makan

Jika anda mengalami masalah hilang selera makan, pokok dukung anak boleh membantu mengembalikan selera makan anda. Caranya:

  • Ambil sedikit pokok dukung anak.
  • Rebus dalam 2 cawan air sehingga mendidih.
  • Masukkan sedikit madu atau gula batu.
  • Minum air rebusan tadi.
  1. Mengubati batuk

Jika anda mengalami batuk, rebus pokok dukung anak dan minum airnya. Ianya akan melegakan batuk yang anda alami. Dada anda akan berasa lapang.

  1. Mengurangkan jaundis atau demam kuning bayi

Jika bayi anda terkena demam kuning, pastinya anda akan berasa susah hati melihat bayi anda menangis setiap kali diambil darah di klinik untuk pemeriksaan bilubirin. Salah satu daripada petua menghilangkan jaundis yang boleh anda lakukan ialah dengan memandikan bayi anda dengan air rebusan akar pokok dukung anak. Caranya:

  • Ambil akar pokok dukung anak.
  • Cuci sehingga betul-betul bersih dari sebarang kotoran.
  • Rebus selama satu jam.
  • Campurkan air rebusan akar pokok dukung anak tadi dalam air mandian bayi anda.
  • Mandikan bayi anda dengan air rebusan akar pokok dukung anak setiap hari sehingga demam kuning tiada lagi.
  1. Menghilangkan kurap

Jika anda terkena kurap, anda boleh berikhtiar menghilangkan kurap dengan menggunakan daun pokok dukung anak. Caranya, ambil daun pokok dukung anak. Tumbuk sehingga halus. Tampal bahagian yang berkurap. Lakukan selalu sehingga kurap anda hilang.

  1. Menghilangkan kudis buta

Untuk penyakit kudis buta, anda boleh juga gunakan daun pokok dukung anak sebagai petua. Caranya, ambil daun pokok dukung anak. Tumbuk bersama sedikit garam halus. Tampal ke bahagian kudis buta dan biarkan sehingga kering. Amalkan selalu sehingga kudis buta anda tiada lagi.