9 Tips Beli Rumah Di Usia Muda, Pesan Pada Anak-Anak Anda Yang Sedang Mencari Rumah

Tidak dapat dinafikan keadaan ekonomi negara kebelakangan ini kian mencabar dan tidak menentu. Ditambah pula dengan harga barang yang semakin naik, kos sara hidup semakin tinggi agak mustahil bagi mereka yang bercita-cita mahu membeli rumah dalam situasi ini. Ya, mungkin bukan sekarang tetapi langkah persediaan itu perlu sebagai persiapan. Tak salah kalau sudah mula menyimpan dan apabila kedudukan kewangan juga ekonomi menunjukkan perubahan, bolehlah bertindak. Ini tips asas yang penting untuk kalian teliti terlebih dahulu sebelum membeli rumah ketika usia masih muda.

  • Kesedaran

Kesedaran adalah kunci utama malah sepatutnya mula dipupuk sejak tahun pertama di universiti. Kalau lebih awal lagi bagus.

  • Duit Tabung

Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin contohnya sejak di universiti. Manfaatkan tenaga dan masa yang ada. Misalnya lakukan kerja sambilan seperti mengajar tuisyen, jual tudung, jual top up dan lain-lain. Jangan boros belanjakan duit pinjaman pendidikan atau biasiswa. Simpan masuk tabung!

  • Ilmu Hartanah dan Kewangan

Carilah ilmu kewangan dan hartanah secepat mungkin. Lagi cepat anda belajar, lebih banyak ilmu anda miliki semasa nak beli rumah apabila dapat kerja kelak. Bila sudah punya ilmu, barulah datangnya keyakinan. Betul tak? Ilmu tersebut boleh diperoleh menerusi seminar, buku, ebook, tanyakan kepada yang berpengalaman dan pakar atau google saja!

  • Pembiayaan ASB

Salah satu cara untuk ‘beranakkan’ duit simpanan dengan cepat adalah melalui Simpanan ASB. Bagi tahun pertama, bayar ansuran bulanan seperti biasa. Tahun seterusnya rolling duit gunakan dividen. Faedahnya, anda tak perlu memohon kad kredit kalau mahu wujudkan rekod kredit dalam CCRIS.

  • Cari Kerja Secepat Mungkin

Masuk semester akhir, terus mulakan job hunting. Ya, pasti anda sedar bukan senang nak dapat kerja sekarang kan? Jadi, gunakan masa yang ada dan mulalah cari kerja. Tapi janganlah sampai demand gaji cecah lima enam ribu pula. Dapat pengalaman yang penting.

  • Cari Kerja Tetap
Artikel Berkaitan   Petua Berkesan Rawat Resdung (Sinusitis) Dengan Sedut Asap Kayu Manis, Gatal Hidung Terus Hilang!

Cari kerja yang berstatus tetap. Kalau bekerja secara kontrak dalam jangka masa pendek, sukar bagi pihak bank untuk beri kelulusan atau pertimbangkan pembiayaan perumahan kerana anda dikategorikan sebagai pemohon berisiko tinggi. Tapi, tak perlu terlalu memilih. Mungkin buat permulaan anda bekerja secara kontrak dan kalau anda menunjukkan prestasi yang baik pasti majikan tawarkan posisi tetap. Atau jika tidak, cuba cari kerja lain yang tawarkan posisi tetap.

  • Jaga Hubungan Dengan Allah

Dalam pada kita nak capai dan merasai kaya dunia, jangan sekali-kali lupa tanggungjawab kita kepada-Nya. Amalkan solat dhuha dan berdoalah dengan sepenuh takwa supaya Allah kurniakan rezeki dan umur yang diberkati.

  • Elakkan Beli Kereta

Anda harus faham maksud aset dan liabiliti. Aset adalah wang tunai dan harta benda seperti tanah, bangunan, dan lain-lain yang dimiliki seseorang. Manakala liabiliti pula adalah nilai tangggungan atau jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang atau perkhidmatan. Tak perlu teruja sangat nak berkereta kerana harga kereta akan susut nilainya. Berbanding dengan harga rumah makin lama semakin meningkat naik.

  • Beli Rumah Ikut Kemampuan

Kalau gaji anda bermula dengan RM2,500, dapat beli rumah pertama harga RM150,000 pun sudah cukup bagus. Kalau di Selangor atau pinggir Kuala Lumpur mungkin boleh miliki rumah flat ataupun apartmen kos sederhana. Rebut peluang dan belilah. Ia adalah permulaan yang baik untuk anda pergi lebih jauh dalam pelaburan hartanah atau mungkin mahu beli rumah kedua dan seterusnya