Nelayan Perlu Tanam Nenas Dan Rambutan Dibelakang Rumah Untuk Tambah Pendapatan – Menteri

Parlimen. 15 ogos: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata nelayan boleh menambahkan pendapatan dengan menanam nanas atau rambutan di tanah-tanah belakang rumah mereka.


Beliau berkata demikian dengan raut muka penuh keyakinan ketika sidang dewan rakyat pada 13 Ogos lepas.

Kalau hanya bergantung dengan laut, saya rasa tidak mungkin kita dapat meningkatkan pendapatan nelayan ini. Maka dengan penemuan-penemuan baharu kementerian, hasil daripada penyelidikan MARDI, kita ada variety baru nanas, sebagai contoh MD2, yang begitu popular. Tanah-tanah belakang rumah ataupun nelayan yang memiliki tanah ini, kita akan galakkan menanam tanaman ini.

Beliau kemudian memberikan contoh jenis tanaman rambutan yang berpotensi menambah pendapatan nelayan kerana harganya yang mahal.

Kita ada rambutan baharu, klon paling baharu iaitu mutiara merah, mutiara madu yang mahal harganya di pasaran. Hari ini, Tuan Yang di-Pertua, rambutan kalau pergi beli tepi jalan tidak ada lagi 20 sen, 30 sen tapi RM1, RM2, mahal hari ini. Jadi produk-produk yang seperti ini kita akan galakkan supaya mereka menjadikan tanaman-tanaman ini sebagai tanaman sampingan yang boleh menambahkan pendapatan mereka. – Salahuddin Ayub

Tambah Salahuddin lagi, tanaman nanas dan rambutan ini yang ditanam oleh nelayan ini juga berpotensi dieksport ke China

Demikian juga saya rasa di masa depan variety-variety baru ini seperti MD2 dan rambutan ini akan dapat juga menembusi pasaran khasnya Tanah Besar China yang saya rasa kalau kita dapat untuk menyelesaikan isu-isu protokol kita dengan Tanah Besar China. – Salahuddin Ayub