“Abah Nak Cuba Jubah Konvo Boleh? Abah Tak Pernah Pakai…” Ayah Tak Pernah Merasa Pakai Jubah Konvo, Anak Menitis Air Mata

Umum sedia maklum bahawa sejak penghujung September lepas merupakan musim institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan hari konvokesyen bagi meraikan para graduannya yang telah berjaya menamatkan pengajian.

Pelbagai kisah suka duka dicoretkan sepanjang kejayaan para graduan ini menggengam segulung sijil. Kejayaan tersebut bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk ibu dan ayah yang telah berkorban demi melihat anak-anak naik ke pentas graduasi.

Bertepatan dengan perkara itu, menerusi laman sosial Twitter siang tadi, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aiman Hamizan benar-benar mengundang sebak.

Hal tersebut adalah mengenai momen dimana bapanya menyuarakan hasrat untuk mengenakan jubah konvokesyennya siang tadi.

Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.

Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.

Oleh hal yang demikian, menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.

Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemudaitu dan ada juga yang berkongsi sitausi sama seperti  dihadapi Aiman semasa bergraduasi.

Sumber : Aiman Hamizan

Artikel Berkaitan   Video 2 Lelaki Menari Depan KWSP Nak Minta Luluskan Cepat, Sekali KWSP Pun Tengok “Tak Nampak Pon”