“Abah” Santai Luangkan Masa Layan Lagu Mengamit Memori Otai-Otaio Seni

Persembahan muzik dimainkan geng ‘otai’ kepada PM sedang santai makan di restoran

Seorang pemain alat muzik akordion berkongsi rasa teruja apabila mendapat peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah restoran di Kuala Lumpur petang semalam.

Menerusi laman Facebook, Othaman Jasin memuat naik video memaparkan d1rinya sedang membuat persembahan muzik dan nyanyian lagu lama bersama beberapa rakan untuk Ahli Parlimen Pagoh itu.

Alhamdulillah dapat bersama2 PM

Rakaman video berdurasi dua minit 24 saat itu kelihatan Muhyiddin duduk santai di meja makan, sambil melayani serta menghargai pemuzik tersebut sehingga selesai persembahan sebelum memberi tepukan.

Aslkm Slmt ptg slm keceriaanAlhamdulillah brsm dgn ABAH di tugu Cafe

Posted by Othaman Jasin on Rabu, 19 Ogos 2020

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata rakan serta kenalan Othaman memuji persembahan tersebut apatah lagi sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati Perdana Menteri.

Mudah-mudahan beliau terhibur

Mantap Pak Teh!

PM siap bagi duit!

kredit satkoba

Artikel Berkaitan   [Video] “Macam Mana Bayi Merangkak Atas Jalan Sorang-Sorang Ni” Ibu Kanak-Kanak Ini Dikecam Gara-Gara Tidak Menjaganya