“Abang Ambil Anak Kejap Yer” Suami Pulang Terkejut Isteri Mati Kerana Dibunuh Kejam

SIK – Seorang guru wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Kampung Banggol, Jeneri, Sik dalam kejadian tengah hari semalam.

Mangsa, Fauziah Yop, 46, ditemukan suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas pulang dari mengambil anak di sekolah.

Seorang jiran berdekatan yang enggan dikenali berkata, dia hanya mengetahui kejadian sebaik sahaja dimaklumkan penduduk berdekatan dan terus bergegas ke lokasi.

Dia yang ditemui di pekarangan rumah mangsa menjelaskan, sebelum kejadian, pasangan berkenaan difahamkan sedang memasak sebelum suami mangsa keluar sebentar menjemput anak mereka pulang dari sekolah.

“Bila sampai, nampak mangsa sudah tidak sedar, mereka kemudian meminta bantuan orang ramai yang ada dekat sini,” katanya.

Keluarga mangsa yang ditemui bagaimanapun enggan ditemuramah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob turut turun di lokasi kejadian kira-kira jam 8.30 malam tadi, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan   Atuk Nenek Pakat Sama-Sama Panggang Cucu 11 Bulan. Bila Ibu Bayi Datang Terkejut Tengok Anak Rentung Hitam