“Abang Dah Nampak Lain, Ibu Sedut Isi Perut Dah Keluar Darah, Oxsigen Abang Tak Stabil” ‘Photoshoot’ Terakhir Bersama, Anak Hidap Kanser Otak Tahap 4 Sudah Tiada

Tidak tertanggung derita seorang ibu dan ayah apabila anak mereka disahkan menghidap penyakit kronik sehingga meragut nyawa anak yang tersayang. Namun, sebelum berputus asa, ibu bapa selalunya akan memastikan anak mereka akan dirawat sehabis baik.


Satu perkongsian yang menyayat hati kebanyakan pihak, mengenai sepasang suami isteri yang kehilangan anak yang tersayang akibat menderita kanser otak tahap 4.

Anak sulung Nurul Ashiqin Abd Rahman iaitu, Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan berusia 3 tahun disahkan menderita penyakit barah otak ini pada 6 Julai 2019. Sejak itu, pelbagai perkembangan dan aktiviti anak lelakinya itu, sering kali dimuat naik oleh Nurul Ashiqin sendiri melalui laman Facebook miliknya, dan menjadi perhati rata-rata pengguna Facebook.

Setelah disahkan pemergiannya anak kesayangan mereka, Nurul Asyiqin memuat naik kembali gambar photoshoot satu keluarga mereka. Jelasnya dalam posting tersebut, potret yang diambil ini bukanlah gamba yang biasa. Terdapat nilai sentimental yang besar dalam setiap foto.

Photoshoot yang diadakan itu adalah bertujuan mengabadikan kenangan kepada keluarga yang menanggung ujian yang besar dari Allah SWT, dan telah buat pada bulan September lepas semasa kesihatan Muhammad Al Huzaifah ini agak stabil.

Namun seperi yang sudah dijangkakan, anak lelakinya telah pergi menghadap Ilahi 3 November 2019 (Ahad).

Kejadian yang menimpa Nurul Ashiqin sekeluarga telah mendapat perhatian yang meluas dan tular dalam media sosial. Ramai telah sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya dan memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat mereka sekeluarga.

Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah adik Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan. Semoga anak syurga ini ditempatkan dalam golongan yang beriman.

Sumber: Mrss Mama.