“Ada Bukti Lelaki 2 Orang!” Baru Sahaja Dibuka Sudah Dirompak, Ustaz Ebit Lew Anggap Ujian

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Kedai serbaneka Elewsmart yang terletak di Sungai Buloh, Selangor dilaporkan dipecah masuk pencuri awal pagi tadi.

Insiden berlaku sekitar jam 3.30 pagi dimaklumkan pemiliknya yang juga pendakwah bebas Ustaz Ebit Liew menerusi Instagram.

Jelas Ebit, kejadian pecah masuk dipercayai didalangi dua lelaki tidak dikenali selepas kelibat mereka berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sungai Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman CCTV. Dua lelaki pakai helmet,” katanya. Elewsmart Sungai Buloh merupakan salah satu daripada 10 cawangan yang diusahakan oleh Ebit.

Pembukaan Elewsmart bukan sahaja bersifat mengaut keuntungan semata-mata malah, bertujuan sebagai ‘bank makanan’ bagi golongan kurang berkemampuan.

Terdahulu, Ebit mengakui reda dengan insiden tersebut dan berharap perkara sama tidak berulang.

Selain itu, Ebit juga berharap ujian yang dihadapi membuatkan dirinya lebih cekal dan tabah dalam meneruskan kerja dakwah.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Hargai Isteri Sebaiknya, Ezad Lazim Akan “Berkahwin Semula”. Ramai Yang Memuji Caranya