“Ada Pegang Kertas, Ada Yang Video Call,” Gelagat Para Suami Cari Barang Keperluan Tanpa Isteri Di Sisi

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu ini, kerajaan telah memutuskan bahawa hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan harian untuk keluarga.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai orang, gelagat ‘ketua rumah’ ini mencuit hati kerana mereka seperti kali pertama mengenal barang-barang keperluan dapur.

Perkongsian daripada Muzaffar Rahman di laman Facebooknya mengenai gelagat sang suami mengendali pembelian barang di sebuah pasaraya.

Dah macam “Treasure Hunt” pulak aku rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Chek point banyak oo.. kena cari sampai dapat .

Isteri masing-masing pakat tulis kat kertas,barang apa nak kena beli.

Rasa was-was. Ambil gambar,wassap kat isteri. Lagi dasyat ada yang bervideo call.

“Hah tengok,nak yang mana satu??”.

Sumber:Muzaffar Rahman

Artikel Berkaitan   Mengapa Kita Suka Ingat Sesuatu Ketika Solat dan Dan 7 Cara Menanganinya