Ada Tugas Khas Di “Dalam Kerajaan”, Kucing Ini Secara Rasminya Telah Pencen Dari Tanggungjawabnya

Seekor kucing di Pejabat Luar Negeri (FCO) United Kingdom secara rasminya pencen daripada tugasnya menangkap tikus sekitar pejabat dan kini akan berehat.

Kucing diberi nama Palmerston ini kini berada jauh daripada pejabat tempatnya bekerja dahulu, dan kini menghabiskan masa memanjat pokok ditaman.

Palmerston yang mempunyai bulu berwarna hitam putih itu juga sering muncul dalam gambar-gambar bersama pegawai kerajaan serta duta asing.

Palmerston dipilih daripada ratusan kucing jalanan lain yang ditempatkan di pusat perlindungan Battersea Dogs and Cats Home di barat daya London untuk membantu mengatasi masalah jumlah tikus yang banyak di bangunan FCO di King Charles Street, Downing Street.

“Palmerston telah menjadi duta yang hebat untuk Battersea. Selama berkhidmat di Pejabat Luar Negeri, ia telah membuktikan betapa hebatnya kucing jalanan, dan bagaimana ia membawa kegembiraan kepada orang ramai,” kata ketua pusat perlindungan itu, Lindsey Quinlan.

Kucing ini akan berada dibawah jagaan salah seorang petugas FCO yang menjaganya ketika perintah berkurung berkuasa kuasa sebelum ini.

kredit era

Artikel Berkaitan   Remaja Wanita Gemparkan Dunia Pegang Senapang AK-47 Bunuh Taliban Tuntut Bela Kematian Ibubapanya