“Adakah Tudung Keperluan? Orang Tak Ada Makanan Diluar Sanalah!” Aktivis Pertikai Pakaian Untuk Frontliner

KURANG pemahaman, sempit pemikiran dan salah tafsiran menyebabkan ada individu cepat melatah dengan mempertikaikan penggunaan dana sumbangan orang awam.

Terkini, peruntukan dana Tabung COVID-19 MedTweetMY untuk penyediaan tudung kegunaan anggota perubatan barisan hadapan merawat pesakit COVID-19 menjadi sasaran.

Melalui laman media sosial, seorang aktivis sosial terkenal; mempersoal dana berjumlah RM280,000 yang disalur bagi penyediaan 8,000 helai tudung. Ya, lebih suku juta ringgit perbelanjaan untuk – tudung!

Dengan nada garang, aktivis sosial itu menyoal; “How is tudung essential. People have no food out there lah!!! Take note it’s for 8,000 helai tudung” (Adakah tudung keperluan? Orang tak ada makanan diluar sanalah!!! Perhatikan, (jumlah wang) untuk 8,000 helai tudung.”

Sememangnya kerja individu ini menjadi ‘pemerhati sukarela’ menegur apa sahaja yang dikira ‘salah guna kuasa’ atau ‘pembaziran sumber awam’.

Namun dalam isu ‘tudung’ ini, pemerhatian kalangan penyokongnya agak tersasar, mencerminkan pemikiran dan pegangan dari kaca mata mereka tersendiri.

Membalas tohmahan tersebut, jurucakap MedTweetMY memberi penjelasan apa sebenar ‘tudung’ yang diguna oleh barisan hadapan di hospital merawat pesakit COVID-19.

Tudung yang dimaksudkan merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri atau PPE (personal protection equipment) yang bertujuan memberi perlindungan seluruh badan termasuk rambut, leher dan tangan pemakai – lelaki dan perempuan.

Jauh dari tujuan ‘melaram’, tudung yang dimaksudkan merupakan pakaian penting yang menentukan tumpuan rawatan dapat diberi kepada pesakit COVID-19 sepenuhnya.

Pandangan meleset aktivis sosial itu mendapat sambutan kalangan penyokongnya yang jelas tidak faham apa itu ‘tudung’ yang dimaksudkan.

Respons mereka mencerminkan sentimen perkauman melalui kata-kata kesat mengutuk penggunaan dana sumbangan bagi tujuan pemakaian patuh syariah menutup aurat.

Artikel Berkaitan   Eksiden Masuk Longkang, Tiba-Tiba Pakcik Ini Diserang Panic Attack Dalam Perjalanan Tengok Isteri Di Hospital

Penjelasan daripada MedTweetMY itu sudahpun diterima oleh aktivis sosial terbabit yang sudah menggunakan laman media sosialnya untuk memohon maaf.

Menurut individu terbabit, soalan tentang dana tudung itu ditimbulkan bertujuan mendapat penjelasan dan bukan untuk menganiaya sesiapa.

kredit astro awani