Adik Mira Filzah Sambut Birthday, Ramai Pulak Yang Terpukau Dengan Kulit Mulus Dia

Sudah tidak perlu dihairankan lagi apabila seseorang selebriti dikenali ramai, pastinya ahli keluarganya turut menjadi perhatian. Itu jugalah yang berlaku terhadap adik kepada pelakon popular, Mira Filzah.

Menerusi Instagram peribadinya, selain berkongsikan perkembangan kerjaya mahupun perniagaan, Mira Filzah turut sporting berkongsikan foto-foto ahli keluarganya.

Manakala, kelmarin pula satu posting Mira Filzah bersama adik perempuannya yang dikenali sebagai Aina Fadhilah menjadi perhatian ramai apabila menerima lebih 200,000 tanda suka daripada warganet.

“Last birthday as a miss. Sayang kamu, baby. Happy 25th birthday Aina Fadhilah. I’m here for you okay. Always and forever.” Tulis Mira Filzah buat adik.

Mira Filzah rupanya mengucapkan ulang tahun kelahiran adiknya itu dengan memuat naik kapsyen ‘sweet’ terhadap Aina Fadhilah yang dilihat turut digelar sebagai baby.

Dalam pada masa yang sama, Mira Filzah turut meluahkan rasa sayangnya terhadap adik perempuannya ini sehingga posting pelakon Bidadari Kiriman Tuhan ini memperoleh pelbagai reaksi daripada warganet.

Mira Filzah di Instagram juga mengambil kesempatan itu untuk memuat naik momen ‘sweet’ dia bersama adiknya dengan berkongsikan beberapa keping foto bersama rakaman video pendek.

Melalui ruangan komen, peminat bukan sahaja mengucapkan ulang tahun kelahiran adik selebriti berkenaan malah kecantikan dua beradik ini turut mendapat perhatian sehingga dipuji terutama kulit wajah mereka yang mencuri tumpuan peminat.

Reaksi netizen diruangan komen

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Hidup Saya Baru 21 Tahun. Interview Kena Reject, Cinta Ditolak, Orang Tak Nak Kawan Dan Macam-Macam Yang Saya Rasa. Tapi …”