“Agak Kurang Manis…” – Mufti Wilayah Tampil Bersuara Isu Ali Puteh Dan Kakak Iparnya

Kontr0versi antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Noorhidayah Mohd Ali telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak.Antara isu yang terpalit adalah hukum far4id susulan harta peningg4lan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang belum diselesaikan.

Bukan hanya netizen, malah isu tersebut telah sampai ke pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri apabila ada netizen bertanya mengenai hukvm berkenaan.

Menerusi satu posting terbaru di Twitternya, Zuklifli menjelaskan yang pihaknya yakin keluarga terlibat sedang mengusahakan sehabis baik.

“Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat berkenaan.

Malah, ramai juga yang meminta supaya Zulkifli memberikan penerangan lebih terperinci mengenai hukvm far4id.

Terdahulu, menerusi sidang media tergempar pada petang semalam (Jumaat) Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Siti Noorhidayah.

Permohonan maaf itu susulan tindakan Ali yang memuat naik posting berb4ur emosi di laman sosial Instagramnya.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas menonton video live yang dibuat oleh usahwan kosmetik, Aliff Syukri yang berkunjung ke rumah baIu Abam.

 

Sumber : Slamber Media

Artikel Berkaitan   “Dia claim lagi”- Media Indonesia CLAIM Perdana Menteri Ke-8 Asal Indonesia!