Ahli Politik Terkenal Ini Sah Bercerai Selepas 14 Tahun Hidup Berumahtangga

Selepas 14 tahun bersama, rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi.

Lafaz cerai itu dibuat, Nik Nazmi, 37, terhadap Dr. Imaan Abdul Rahim, 36, pada satu prosiding yang dibuat dalam kamar Hakim Syarie Zaim Md. Yudin pukul 9.45 pagi.

Selepas mendengar lafaz cerai itu, Zaim kemudian merekodkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Imaan menjalani tempoh edah selama tiga bulan termasuk Nik Nazmi perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut merekodkan beberapa perkara daripada pasangan tersebut iaitu cerai baik, nafkah anak, hak penjagaan anak, harta sepencarian, hibah, mutaah dan nafkah edah.

Bagi hak penjagaan anak, mahkamah merekodkan persetujuan pihak-pihak supaya hak penjagaan anak lelaki mereka, Nik Ilhan yang berusia lapan tahun diberikan kepada Imaan manakala Nik Nazmi mendapat hak lawatan dan bermalam.

Nik Nazmi selaku plaintif memfailkan penceraian itu terhadap Imaan selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 30 Mei lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut hasil  pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nik Ilhan.

Difahamkam penceraian tersebut kerana tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.

Sementara itu Nik Nazmi dalam satu kenyataan akhbar berkata, dia dan bekas isterinya telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka secara baik. “Saya bersyukur dengan perkahwinan yang pernah kami miliki, juga sokongan dari keluarga dan rakan-rakan yang diberikan kepada kami. Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.

Artikel Berkaitan   2 Rakyat Malaysia Di Tahan Di Singapura Gara-Gara “Kantoi” Bawa Ketum

“Kami fokus terhadap kegembiraan dan kesejahteraan anak kami dan kami komited untuk membesarkannya bersama-sama.

“Saya minta semua pihak menghormati privasi kami pada waktu ini. Tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan berkenaan isu ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Nik Nazmi dari Parti Keadilan Rakyat menewaskan calon Barisan Nasional di Parlimen Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique. – K! ONLINE

[VIDEO] Nik Nazmi bercerai selepas 14 tahun perkahwinan

[VIDEO] Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan isterinya sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi. Lafaz cerai itu dibuat dalam kamar Hakim Syarie Zaim Md. Yudin pukul 9.45 pagi.Klik https://bit.ly/2Xd6OMh untuk berita penuh

Posted by Kosmo Online on Monday, 1 July 2019