Parsley sejenis pokok herba yang daunnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Ada khasiat lain yang boleh diperoleh dari daun parsley ini iaitu untuk membersih buah pingg4ng. Air rebusan parsley ini pencuci semulajadi yang selamat.
Ini perkongsian dari Herba Rahimas Aqila di Grup Herba Sekeliling Kita mengenai kelebihan daun parsley jika diamalkan dalam kehidupan.
Cara Membuat
- Beli daun parsli
- Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
- Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
- Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
- Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
- Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
Panduan Minum
- Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
- Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
- Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.
- Daun parsley sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pingg4ng dan ia adalah semula jadi.
- InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah.
Baca Doa Ini
Ini doa nya boleh baca dan hembus dalam air dan terus minum. Tak juga salah sekiranya anda sekadar mahu membaca selawat syifa atau selawat nabi mahupun surah Al-Fatihah.
Cara Simpan Parsley Yang Berlebihan
Sekiranya anda cuma merebus parsley ikut jumlah yang dimahukan dan ada lebihan, jangan pula membuangnya. Anda boleh praktikkan cara menyimpan parsley yang diajarkan di bawah.
- Buang akar daun parsley.
- Pastikan semasa anda mahu menyimpannya, daun parsley telah kering dan tiada air melekat padanya.
- Siapkan balang kaca kosong dan isi air.. separuh saja. Masukkan batang daun parsley tadi ke dalam balang.
- Sekiranya mahu disimpan dalam peti sejuk, tutup herba tadi dengan beg plastik.
Cara ini boleh buatkan daun parsley akan segar dan bertahan untuk 2 minggu.
Sumber/Foto: Facebook Herba Rahimas Aqila , www.simplyrecipes.com