Akibat Nak Lari Punya Pasal, Sekumpulan Pelacur Ini Sanggup Ikut Laluan Tikus Untuk Melarikan Diri

Cubaan sekumpulan 14 pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand untuk melarikan diri menggunakan laluan tikus gagal apabila kesemuanya diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota imigresen dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bagan Luar, Butterworth di sini kelmarin.

Serbuan pada pukul 10 malam itu dilakukan selepas pihak berkuasa itu melakukan intipan dan risikan sejak se­minggu lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, kesemua GRO yang sedang leka me­layan 10 pe­langgan bertempiaran melarikan diri selepas terkejut de­ngan kehadiran pihak berkuasa yang me­nyerbu premis berkenaan.