Akibat Nak Tilik Nasib, Pesara Ini Diperdaya Seorang Bomoh Yang Berpangkat Datuk Yang Dikenali Di Media Sosial

TEMERLOH: Kerana terlalu percaya tilikan nasib, seorang pesara tentera kerugian RM8,490 selepas diperdaya bomoh yang kononnya berpangkat Datuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada Jun lalu mangsa berusia 44 tahun melayari laman sosial Facebook dan terlihat iklan yang menawarkan khidmat tilik nasib.

“Mangsa berhubung dengan seorang lelaki yang mendakwa berpangkat Datuk sebelum suspek memaklumkan dia boleh menilik nasib mangsa.

“Mungkin berasakan tilikannya itu tidak benar, suspek kemudiannya menawarkan untuk melakukan upacara sembahyang dan mangsa diminta membayar kos berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa bersetuju dengan cadangan itu dan memasukkan wang RM100 ke dalam nombor akaun yang diberikan suspek.

Namun, suspek memaklumkan wang berkenaan tidak mencukupi sebelum mangsa diminta untuk memasukkan wang menerusi beberapa transaksi yang membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM8,390.

“Selepas itu, mangsa cuba menghubungi semula suspek namun namun berjaya sebelum menyedari dirinya ditipu.

“Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab, di sini, kelmarin dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya modus operandi kes berkenaan adalah suspek memperdayakan mangsa dengan dengan tawaran tilik nasib sehingga mendorong mangsa memberikan sejumlah wang kepada suspek.

Artikel Berkaitan   'Kau Tahu Dia Suami Orang, Kenapa Masih Nak Menggatal?!' Janda Anak ENAM Goda Suami Orang