“Aku Kerja Offshore, 2 Bulan Baru Balik Rumah, Cek Hp Isteri Tiba-Tiba Ada Mesej Nak Gugur Bayi, Masalahnya Itu Bayi Daripada Siapa”

Salam admin…


Cuma nak tengok apa pandangan umum sebelum ak bertindak keras.. cerita ni aku tak boleh cerita kat mak ayah aku.. kawan kawan aku.. di sini lah aku nak tanya pandangan.. tolong
sembunyikan nama aku tau.
Aku suami orang, umur baru 29 .. isteri 26.. aku kerja di syarikat oil and gas .. 2 bulan di offshore .. ni baru balik cuti..

Ak jmpa mesej ni kt dalam telefon isteri aku.. aku memang akan selidik phone dia kalau ada peluang sebab dia simpan banyak gambar baby aku… sampailah aku jumpa mesej ni…

Terkejut aku kenapa dia nak beli ubat gugur..
Macam-macam andaian dah aku buat dalam kepala ni.. aku tak rasa dia hamil sekarang sebab perut tak timbul lagi.. kalau dia hamil .. dia hamil anak siapa .. dah 2 bulan aku tak sentuh dia..

Mommies kat sini bleh jawab tak…kandungan usia berapa bulan baru nampak perut tu berisi macam pregnant? Kalau kurang dari 2 bulan memang sah anak ni anak jantan lain..