“Aku Kerjakan Pengiktirafan Manusia, Di Sinilah Aku Berambut Putih,” – Hazeman Huzir Undur Diri Jadi Hos Motif Viral, Kian Dalami Ilmu Agama

Baru-baru ini, pengacara Hazeman Huzir mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengacara program hiburan, Motif Viral.

Kongsinya, dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan memperlahankan kariernya dalam industri hiburan, khususnya bidang pengacaraan berbentuk hiburan.

Hazeman baru-baru ini diundang sebagai tetamu jemputan dalam program Borak Kopitiam yang dihoskan oleh Zack Merican dan Dayah Bakar, mengupas mengenai pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral.

“Seperti yang diberitahu, sekarang ini saya ingin mendekati agama.

“Antara beberapa proses yang saya perlu lalui adalah melebihi akhirat dan mengurangkan sedikit keduniaan.

“Bukanlah nak cakap “aku tak keluar TV langsung, saya masih lagi dalam karier, saya bukan bersara”

“Kadang-kadang apabila kita masuk dalam kerja sebagai pengacara ini, niat kita adalah untuk menjadi popular dan dikenali.

“Tapi kadang-kadang saya ingin perbetulkan niat itu terlebih dahulu untuk mmeberi manfaat sebelum orang mengenali saya kerana rancangan tersebut saya buat dengan niat sebegitu dan saya tak mahu niat tersebut terbawa-bawa sampai sekarang,” kata Hazeman.

View this post on Instagram

Thank you @zackmerican sebab munculkan peluang ini untuk aku beri pencerahan. Izinkan Haze untuk pinjam premis ini sebagai ruang reda beberapa kekecewaan yang terbit dalam DM. Mungkin mereka salah faham, tapi… Aku pengacara. Aku penyampai. Masih dan selama-lamanya. Dan selamanya itu aku akan menyampaikan. Cuma aku hanya perbaharui niat. Kerana niat aku berakar dari asal yang salah. Kerana asalnya berbenihkan "Dunia". Sudahnya berbuah tapi tidak sempurna untuk dijadikan bekal. Bekal menuju 'Kehidupan Selepas Kehidupan'. Jadi tak salah kalau aku berpindah tanah. Boleh lah aku kerjakan akarnya, agar buahnya sempurna untuk aku persembahkan. Persembahkan kepada Tuhan. Yang menunggu di hujung jalan. Kerana Allah sudah rezekikan aku. Dan rezeki itu adalah kemampuan berbahasa. Sebuah bahasa yang jarang dipakai. Bahasa Pendosa Untuk Pendosa.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Terdahulu, pengacara itu mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara Motif Viral telah memberi 1001 kenangan baginya dalam mengendalikan program hiburan sedemikian.

“Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat.

“Di sini aku alpa dalam kemahsyuran.
Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia.
Di sini lah aku berambut putih.

“Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan.

“Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama.

“Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official
@putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab.

“Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu.

“Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah.

“Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai.

“Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian,” tulisnya sambil disertakan foto bersama barisan pengacara Motif Viral.

View this post on Instagram

Selamat Tinggal Motif Viral. Banyak yang rancangan ni ajar aku. Dari walhal dunia. Ke walhal akhirat. Di sini aku alpa dalam kemahsyuran. Di sini aku kejarkan pengiktirafan manusia. Di sini lah aku berambut putih. Jatuh aku, naik aku sebagai manusia. Punca stres aku yang merehatkan aku. Rehat yang berhikmah untuk kembali belajar berTuhan. Di sini lah. Namun dalam kecelaruan aku menggapai ranting Iman yang menipis. Muncul beberapa tetamu beragama. Seperti Ustaz @dr_kamilinjamilin_official @putahaofficial @puazmanofficial dan beberapa tetamu agamawan dan ahli kitab. Tidak sesekali mereka melabelkan aku munafik. Walau fizikal ku nyata sebegitu. Tidak sesekali mereka menegur tatacaraku. Walau cara ku nyata tidak berfitrah. Tapi dakwah mereka kepada aku adalah semata-mata melalui keperibadian mereka. Dan sebagai manusia yang dikurnia akal untuk berfikir, itu sudah memadai. Jadi terima kasih kepada mereka yang disebutkan tadi. Semoga syurga untuk kalian. Dan terakhirnya pesanan kepada sahabat sehidup semati, host @shalmaainaa @nnisa.mo @pinkazwan. Dan Team belakang tabir @eedavogue @hazwanyahya (ramai lagi tak dan nak sebut jangan kecik hati tau ada max nak type kat caption ni) Persahabatan kita, kekalkan. Andai tidak nampak aku di syurga, tarikkan. Yang pasti kita tidak akan putus. Hidup kita bersulam kerana MV. Kekalkan ke Jannah. Insyallah. Kepada penonton MV, aku yang hari ini kerana doa anda. Doakan pula aku istiqamah. Buat yang tertanya akan punca dan musabab. Kisahnya panjang berjela. Namun agar ada penutup sebagai pemuas hati: Niat asal aku kerjakan MV, kerana dunia. Kerana aku mahu dikenali. Kerana aku nak popular. Kerana aku nak dijulang manusia. Niat asal aku itu sudah salah. Makanya, aku kerjakan Motif Viral untuk dunia, aku tinggalkan kerana Allah. Kita jumpa di YouTube Channel Hazeman Huzir. It's time that I do me. Assalamualaikum.

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) on

Sumber : MH

Artikel Berkaitan   10 Jenis Perangai Lelaki Yang Layak Dijadikan Suami.