“Aku Mahu Duit Mahu Balik Ke Limbang” Lelaki Ini Menikam Bosnya Berkali-Kali Sehingga Darah Terpercik Dan Mengalir Laju

AHLI perniagaan tempatan maut dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki warga Indonesia di pekan Tedungan berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sempadan Tedungan, Limbang dan Kuala Lurah, Brunei awal pagi ini.

Dalam kejadian 7 pagi, Ting Kok Khoi, 62, mati ditikam berkali-kali di depan dan belakang badannya oleh suspek berusia 36 tahun, dipercayai menggunakan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika kejadian suspek terjumpa mangsa di tempat kejadian dan meminta wang untuk tambang ke pekan Limbang.

Beliau berkata, mangsa terus menengking suspek kerana meminta duit dan ia menyebabkan suspek marah lalu mengeluarkan pisau kemudian menikam mangsa bertubi-tubi.

“Suspek berjaya ditahan seorang anggota polis dengan bantuan dua orang awam ketika cuba melarikan diri selepas menikam mangsa.

“Ketika ditahan, suspek dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan luka pada jari di kedua-dua belah tangan dan paha sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, pihaknya turut merampas pisau yang digunakan suspek membunuh mangsa dan pasport Indonesia miliknya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di sebuah restoran di Brunei dan memasuki Limbang semalam dengan tujuan mencari kerja serta mengumpul duit untuk balik ke Pontianak, Indonesia.

“Suspek datang seorang diri kerana isteri serta anak berada di Filipina dan pisau yang digunakan oleh suspek diambil dari tempatnya bekerja di Brunei,” katanya.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa selalu menghantar barang seperti ayam dan plastik untuk dijual kepada penjual di kedai sekitar pekan Tedungan .

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Artikel Berkaitan   Lepas Habiskan RM34.6 Juta Duit, Model Minta Cerai Dari Suami Selepas Seminggu Kahwin Gara-Gara Suami Kritik Kehidupan Borosnya

“Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok untuk membantu siasatan,” katanya.