Akui Jadi Seorang Suami Yang Gagal Kepada Isterinya, Guan Eng Gambarkan Isi Hati Melalui Lagu “Suci Dalam Debu”

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Menyambut ulang tahun kelahiran Betty Chew ke-56, Lim Guan Eng menyifatkan dirinya “suami gagal”.

Setiausaha agung DAP berkata walau isterinya gembira menyambut ulang tahun hari ini namun pertuduhan di mahkamah mengganggu rasa itu.

“Isteri saya Betty menyambut hari jadinya dengan perasaan bercampur-campur. Beliau gembira anak-anak dan keluarga bersamanya.

“Tetapi kegembiraannya terganggu dengan kejutan dakwaan di mahkamah.

“Saya gagal sebagai suami. Saya gagal melakukan tugas asas sebagai suami melindungi isteri daripada dibuli,” katanya.

Mengenang pendakwaan Betty, bekas menteri kewangan berkata dahulu isterinya akan menyiapkannya untuk dihantar ke penjara.

Namun kali ini jika disabit kesalahan, mereka berdua akan ke tirai besi dan meninggalkan keluarga.

Ahli parlimen Bagan juga sempat menitipkan lirik Suci Dalam Debu nyanyian Iklim.

“Suatu hari nanti, pastikan bercahaya. Pintu akan terbuka, kita langkah bersama.”

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Omg.. Banyaknya Ada 25,000 Biji Pil Ekstas”Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Order Baju Dapat Dadah