Akui Rasa Lebih Tenang Dan Syukur Dapat Tunaikan “Janji”, Hannah Delisha Kini Manis Berhijab

Pelakon yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha, kini dilihat sudah mula tampil mengenakan hijab, menerusi beberapa hantaran terbarunya di Instagram.

Memetik laporan dari Media Hiburan, Hannah mengakui sudah mula memasang niat untuk mengenakan tudung sejak Ramadan lalu.

Namun, disebabkan terikat dengan komitmen drama, niatnya itu terpaksa ditangguhkan dahulu dan kini mulai istiqamah dalam berhijab.

Namun kini beliau bersyukur kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana penggambaran drama atau filem yang memerlukan dirinya seperti sebelum ini.

Pelakon berusia 24 tahun itu turut mengulas jiwanya kini lebih tenang dan mengenakan hijab itu adalah sebagai menunaikan tanggungjawab dirinya kepada Allah SWT.

Selain mahu menjadi muslimah yang baik, beliau turut mengakui dalam hidup ini perlulah sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.

Dalam laporan yang sama, Hannah menepis dakwaan kononnya mahu berumah tangga sebagai alasan beliau mula mengenakan hijab.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   “Nice Gila Macam Aquaman Panggil Ikan” Video Pak Cik Kedai Teriak “Ti Ti ”, Ratusan Burung Meluru Kepadanya