Alhamdulillah ! Amyra Rosli Umum Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Amar Bahrin dan Amyra Rosli yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Perkhabaran gembira itu diumumkan menerusi Instagram sebentar tadi dimana Amyra melakukan kejutan sempena ulang tahun kelahiran Amar yang ke-34 tahun.

Menerusi perkongsian itu, Amar turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ia merupakan adalah hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya.

“Hadiah paling best daddy dapat untuk birthday yang ke-34. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini,” tulisnya.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 15 Oktober 2017 iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehamilan anak kedua ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Artikel Berkaitan   Risau muka sebenar terdedah, wanita ini sanggup makeup tebal walaupun terlantar sakit di hospital