“Alhamdulillah, Bersyukur Sangat. Ini Hak Saya… Tidak Dapat Balik Wang, Tetapi Saya Dapat Keadilan.” Dr Che Rozmey

“MESKIPUN saya tidak dapat kembali wang yang hilang, tetapi saya bersyukur kerana sudah mendapat keadilan,” kata usahawan Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Alor Setar, selepas hadir mendengar keputusan mahkamah terhadap kes membabitkan bekas penasihat peribadi dan kewangannya, hari ini.

Che Rozmey berkata, segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya terjawab dengan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya.

“Alhamdulillah, bersyukur sangat. Ini hak saya… tidak dapat balik wang, tetapi saya dapat keadilan.

“Segalanya terjawab hari ini, perniagaan saya jatuh disebabkan perbuatan khianat rakan baik sendiri,” katanya.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 ke atas Abdullah Sani Ismail, 62, atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM246,600.

Artikel Berkaitan   Wanita Tidak Faham Perangai Peliknya Pesan Barangan Online Semasa Tidur