Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan

Semalam, Bella Astillah berkongsikan kiriman mesej peribadi di Instagram daripada netizen yang menghina bentuk badannya yang sedang sarat hamil dan menyamakannya dengan haiwan. Tidak melatah dengan cacian tersebut, sebaliknya Bella meluahkan rasa syukur.

Perkara itu sekaligus membuatkan suaminya, Aliff Aziz berang dengan tindakan biadap netizen berkenaan. Aliff berkata tindakan individu berkenaan sangat melampaui batas lebih-lebih lagi isterinya kini sedang sarat hamil.

“Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang sarat mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.

“Ini akibatnya apabila tiada basic value untuk hormat orang lain lepas tu keluarkan kata-kata kesat dekat ibu mengandung yang tak pernah buat salah dengan kau,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu berkenaan berterusan melakukan penghinaan terhadap isterinya.

“Ini contoh kata-kata orang, kecil-kecil tak nak mampus, dah besar jadi attention seeker,” tulisnya.

“Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini. Berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang,” tulisnya.

Bella kini sedang hamil anak kedua dijangka melahirkan cahaya matanya itu pada 17 Julai ini.

Artikel Berkaitan   Hikmah Duduk Di Rumah, Ernie Zakri Kini Sudah Berhijab