Aliff Syukri Nak Saman Ibu Sendiri. Ini Reaksi Balas Bonda Rozita

Sebelum ini ahli keluarga Aliff Syukri berdiam diri tetapi semalam Bonda Rozita telah memuat naik 1 video untuk menegur anak nya sendiri secara terbuka.

Bonda Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak, sedangkan sudah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya berubah.

Aliff Syukri Memalvukan Mak Sendiri .. Tapi Aliff Yang Malu Sehingga Nak Saman Mak Sendiri?

“ Bvruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak. Bagaimanapun Aliff telah mengemaskini IGnya dengan memuat naik posting terbaru dengan menulis kapyen meminta kekuatan daripada yang maha Esa.

Katanya dia hanya mahukan kebahagiaan dan kekuatan. Posting tersebut kemudiaannya mendapat perhatian Rozita yang berang kerana anaknya itu tidak mengendahkan nasihat diberikan.

“ Cukup-cukuplah Kri!!! Mak dah komen secara video pun kau buat lagi kan…Kau delete sekarang…Kau suka orang cakap bukan-bukan,” tulisnya sambil meninggalkan emotikon ap1

Aliff Syukri Ambil Keputusan Untuk Berdepan Dengan Ibunya
Aliff Syukri telah pergi berjumpa dengan ibu beliau, Bonda Rozita untuk perjelaskan apa yang terjadi. Disebabkan terlalu malu kerana mak beliau sendiri menkritik apa yang Dato Aliff buat sehingga rasa tert3ekan dia cakap akan saman mak dia sendiri.

Terkedu sekejap Bonda Rozita bila dengar anak lelaki dia sendiri nak saman dia. Walaupun Bonda Rozita kecewa sebelum ini tetapi beliau beritahu lagu Aliff Syukri kali ini lebih elok kerana tiada menari dan tiada (ehem ehem) di dalam musik video.

Tak salah pun mintak maaf dgn mak… betul tak?? Saya sayang ..saya janji x buat vidio yg mak x suka lagi lepas ni…..terima kasih syg saya kri dr dulu sampai skrg..sy tau knp Mak selalu tegur saya sbb syg kri.. i love u mak sampai syurga @bondarozitaibrahim Biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah – Aliff Syukri
“Ko Nak Saman Mak? Sekarang Mak Kena Hormat Ko Atau Ko Kena Hormat Mak?”
Ayat yang dikeluarkan oleh Aliff Syukri itu bukan lah serius rasanya. Saja nak bergurau dengan maknya. Mana munkin Aliff Syukri akan saman mak sendiri.

Artikel Berkaitan   Lebih 1 juta wanita Selangor 30 tahun ke atas masih bujang

Rata rata netizen tetap meninggalkan komen supaya Aliff Syukri berubah dan jangan buat hal hal yang kontrove3rsi lagi.

Menerusi perkongsian video menyentuh perasaan itu, ia sudah ditonton lebih 180,000 kali oleh warganet, dengan lebih 2,000 komen ditulis.

Rata-rata komen daripada warganet itu sangat bersimpati dengan Rozita dan begitu memahami perasaannya sebagai ibu yang hatinya sudah disakiti dan terluka