Aliff Syukri Tak Puas Hati Lagunya Gagal Ke AJL 34

Biarpun sering dikritik kerana mempunyai ‘suara sumbang’, namun Datuk Seri Aliff Syukri tetap tidak berputus asa untuk terus menyanyi dan tetap mengharapkan lagu-lagunya layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagaimanapun, tiada satu pun lagunya tercalon di peringkat awal Muzik-Muzik. Menerusi Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewa apa kurang dengan lagunya dan mengapa lagunya tidak terpilih sedangkan mendapat berjuta tontonan di YouTube.

Malah, Aliff turut berasa sedih mengapa bakatnya tidak dihargai sedangkan suaranya sangat sedap dan merdu serta tidak perlu dipertikaikan lagi. Katanya lagi, lagu-lagu yang dihasilkan setanding lagu daripada penyanyi tersohor seperti Anuar Zain.

Seperti sudah dijangka, perkongsian Aliff itu mendapat kecaman netizen yang secara jujur mengatakan suara Aliff sememangnya sumbang dan tiada bakat menyanyi.

Malah, ada yang mencadangkan agar Aliff membuat acara anugerahnya sendiri jika mahu lagunya tercalon. Dalam pada itu, ada yang mengatakan belum rezekinya lagi untuk tercalon dalam pertandingan tersebut.

Artikel Berkaitan   Teknik Mudah Tanam Serai Dalam Pasu