“Allah Lebih Sayangkan Anakku. Papa Reda, Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat” Almy Nadia Keguguran, Fizz Fairuz Redha Kehilangan

“TERIMA kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama,” luah pelakon Datuk Fizz Fairuz yang kehilangan anak keempatnya selepas isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia mengalami keguguran semalam.

Fizz yang memuat naik gambar imbasan ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan di Instagram reda dengan apa yang berlaku.

“Al-Fatihah, Allah lebih sayangkan anakku. Papa reda, papa tak nak nangis sebab papa kuat. Amin. Semoga Allah jaga kamu ye anakku,” tulis Fizz.

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5; Nurr Afrina Aurora, 4; Nur Afrina Ayra, 2; dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Ini Sebabnya Kita Dilarang Gantung Gambar Kahwin Dalam Rumah