Allahuakbar! Beginilah Jika Pemimpin Muslim Menteri. Dalam Sejarah 2 Menteri Berkhutbah Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur

Walaupun mempunyai jadual harian yang padat, dua jemaah kabinet menteri melupakan seketika ‘hal dunia’  apabila ditugaskan menjadi khatib bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat sebentar tadi.

Poster rasmi berserta tajuk khutbah yang disampaikan Menteri Alam Sekitar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dimuat naik oleh beberapa pengguna Facebook.

Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan khutbah bertajuk “Jaga Kesihatan, Cegah Jangkitan” di surau Al-Furqan, Putrajaya.

Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary menyampaikan khutbah bertajuk “kepimpinan” di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Perkara tersebut mendapat perhatian rakyat yang meluahkan rasa syukur setelah mempunyai pemimpin berwibawa untuk menyampaikan ilmu serta nasihat mengenai agama kepada umat Islam.

Sumber : Facebook , Marzuk Shaary 

Artikel Berkaitan   Bekas Isteri Abam Dan Ali Puteh Berbalas Saman, Akhirnya Ali Puteh Buka Cerita