Allahuakbar! Bermula Hari Ini Baitulmaqdis Hentikan Solat Berjemaah Di Dalam Masjid

Atas tujuan membendung penularan wabak COVID-19, larangan solat dan perhimpunan di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis akan dikuat kuasakan hari ini bagi tempoh yang tidak ditetapkan.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang merupakan penjaga tapak suci ketiga umat Islam mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Masjid Palestin, Sheikh Omar Kisawni.

Susulan arahan tersebut, semua pintu masjid dan Masjid Kubah atau nama lainnya, ‘Dome of the Rock’ yang terletak disebelahan juga akan ditutup.

Namun, laungan azan tetap dibenarkan seperti biasa, pekerja masjid dan pengawal juga masih dibenarkan untuk memasuki masjid berkenaan.

Larangan solat turut berkuat kuasa di kawasan terbuka sekitar masjid berkenaan. Bagaimanapun, jemaah masih boleh berkumpul di kawasan terbuka di kawasan bukit berhampiran.

Kebiasaannya, Masjid Al-Aqsa bukan sahaja menjadi tumpuan umat Islam untuk bersolat tetapi turut menerima kunjungan pelancong.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin agama di beberapa tempat suci lain di Kota Lama Baitulmaqdis turut mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan COVID-19.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Artikel Berkaitan   “Kau Bersyukur Bukan Jiran Dengan Aku Perempuan..” Perangai Jiran Pelik, Baling-Baling Barang Ke Rumah Jirannya Berjaya Dirakam