“Allahuakbar! Mengucap-Mengucap” Keadaan Cemas Ombak Memukul Feri Ke Pulau Redang, Ramai Yang Menangis Ketakutan

Sejak kelmarin, tular satu video cemas menunjukkan penumpang feri dari bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang yang melalui gelombang air laut yang bergelora.


Video yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook Yana Rosde menunjukkan feri terbabit terpaksa meredah ombak sehingga membuatkan penumpang menjadi panik.

“Semoga kita dalam lindungan ALLAH. Feri dari Terengganu ke Pulau Redang,” tulisnya.

Dalam video terbabit, kedengaran juga suara penumpang meminta semua mengucap dua kalimah syahadah, sekali gus menggambarkan suasana dalam feri yang penuh cemas.

Penduduk Pulau Redang kecut perut, lafaz syahadah ketika feri dibadai ombak besar – “Korang duduk bandar tahu apa?”Selasa, 3 Disember 2019 11:00 AMOleh: MOHD IZZAT MOHD KHALIZANSELAIN kawasan darat yang dinaiki air, gelombang di laut juga mengganas setiap kali tibanya musim tengkujuh.Pada Isnin misalnya, tular satu rakaman ngeri melibatkan sekumpulan penduduk kampung yang menaiki feri dalam perjalanan dari bandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang.Video berdurasi seminit 24 saat itu memaparkan feri tersebut dihempas ombak kuat sehingga mencetuskan suasana panik.Turut kedengaran suara penumpang yang menangis ketakutan.Malah, kedengaran suara seorang individu meminta penumpang feri supaya mengucap kalimah syahadah sekaligus memberi bayangan situasi getir yang dilalui mereka pada saat itu.Lebih menakutkan, air laut yang berwarna coklat jelas kelihatan menghempas feri menerusi tingkap kaca."Semoga kita dalam lindungan Allah. Feri dari Terengganu ke Pulau Redang," tulis individu yang berkongsi video itu.Dalam feri tu bukannya orang luar tu semua penduduk kampung Pulau Redang. Musim tengkujuh ni memang macam ni lah orang-orang kampung Pulau Redang. Korang duduk kat bandar tak apalah.Video yang dimuat naik seorang wanita, Yana Rosde itu sehingga kini menerima hampir 100,000 tontonan.Selain dihujani komen netizen, ia turut dikongsi hampir 3,000 pelayar Facebook.Menurut perkongsian info di ruangan komen, penumpang feri bukanlah pelancong yang mahu berkunjung ke pulau peranginan itu.Sebaliknya, mereka merupakan penduduk kampung yang berasal dari Pulau Redang yang mana mereka menempuh perjalanan menaiki feri selama lebih satu jam untuk membeli barang keperluan di bandar Kuala Terengganu."Dalam feri tu bukannya orang luar tu semua penduduk kampung Pulau Redang. Musim tengkujuh ni memang macam ni lah orang-orang kampung Pulau Redang. Korang duduk kat bandar tak apalah."Penduduk Pulau Redang tu bukannya suka-suka nak pergi Terengganu tu. Korang duduk bandar tahu apa?"Orang kampung dah tak ada pilihan lain dah terpaksa juga," tulis Abas Mustafa.Netizen yang mengakui seram dan takut menonton video itu turut mendoakan agar kesemua mereka selamat dan dipermudahkan segala urusan."Kecut-kecut jantung aku."Seram. Mudah-mudahan semua selamat sampai tempat dituju."Pengalaman yang menakutkan bagi penumpang," tulis beberapa individu.Dalam pada itu, setakat Selasa pagi, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 4,919 orang daripada 1,421 keluarga.

Posted by Rose Mawar on Monday, 2 December 2019

Rakaman itu juga dipercayai dibuat oleh penduduk Pulau Redang yang terpaksa menaiki feri untuk ke bandar Kuala Terengganu bagi mencari keperluan harian dengan perjalanan lebih kurang dua jam dengan meredah ombak.

Sumber: Sinar Harian