Tugas seorang posmen mungkin nampak mudah pada mata masyarakat. Namun jika anda sendiri berada ditempat mereka, belum tentu anda mampu menghabiskan tugasan yang diberi.
Bayangkan seorang posmen terpaksa menjalankan amanah yang diberi mengikut prosedur yang ditetapkan syarikat dan mereka ini berkerja ibarat nyawa dihujung tanduk kerana sehari suntuk menghabiskan masa di atas jalan raya yang mana risiko agak tinggi.
Jika cuaca panas, mereka inilah yang berpenat lelah tanpa sedikit pun mengeluh, dan jika cuaca hujan, mereka sanggup bermandi basah demi amanah yang diberi dapat disempurnakan sebaik mungkin.
Kerja mereka ini segala-galanya berisiko. Ada macam-macam asam ragam jika kita mengenali kehidupan sebagai seorang posmen.
Kita jangan lupa, mereka juga ada keluarga yang mana perlu menyara anak isteri. Dengan gaji yang tidaklah besar, namun tanggungjawab yang dipikul sangat berat bagi seorang posmen.
HARI ini, tular kisah dimana seorang posmen ditampar hanya kerana barang lambat sampai. Allahu, dimana sifat kewarasan kita sebagai seorang manusia? Ini ke Malaysia baru?
Tidak ada otak ke sipelaku sanggup berbuat demikian? Sedangkan pengirim hantar barang pada 30 Julai 2018 dan barang diserah kepada penerima pada 31 Julai 2018. Adakah itu dikira lambat?
Difahamkan, posmen berkenaan seorang yang lemah lembut dan tidak suka melawan. Beliau juga yang dikatakan baru mendapat anak sulung dan sanggup berjauhan dengan keluarga demi menyara kehidupan.
Jika dilihat rekod pos laju, ianya adalah normal untuk barang sampai 1-2 hari bekerja bagi setiap barang yang menggunakan servis Pos Laju Malaysia. Kalaulah barang tu sampai lewat sampai berminggu-minggu mungkin lagi teruk posmen berkenaan dikerjakan.
Rata-rata netizen mempersoalkan sipelaku berkenaan kerana tidak wajar berbuat demikian berikutan andainya berlaku kelewatan bukan kerana salah posmen tapi mungkin daripada seller yang tidak jujur dan proses penghantaran.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua orang agar saling memahami setiap perkerjaan. Jangan kerana kita hidup lebih senang, kita boleh menganiayai orang lain.
Sumber: The GG