“Alolo Cuwitnyaa” Ernie Zakri Dedah Ayat Pertama Yang Digunakan Syamel Melamarnya

Penyanyi, Ernie Zakri telah mendedahkan ayat pertama yang digunakan Syamel untuk melamarnya menjadi kekasih, sekitar tahun 2018.

Beliau yang dijemput untuk menjadi tetamu bersama Johara Pagi ERA, juga telah diajukan beberapa soalan bersama Syamel dengan menggunakan papan putih.

Antara soalan yang diajukan adalah lokasi pertama dating, dimana Ernie menulis ‘Depan rumah’, sebaliknya Syamel pula menulis ‘Paradigm Mall’.

Video berdurasi 6 minit itu juga telah membuatkan ramai peminat tersenyum sendiri melihat aksi comel dan bersahaja pasangan berkenaan.

Terdahulu, Ernie mendedahkan bahawa akan mengadakan majlis perkahwinan pada tahun hadapan sambil meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Berhati-Hati Jika Dihampiri Pasangan Berusia Ini Kalau Terserempak Mereka Di Tepi Jalan