Amalkan Kekuatan Asmaul Husna Untuk Anak-Anak Tempuh Peperiksaan, Mak Ayah Boleh Buat Dari Rumah

Percayalah kekuatan asmaul husna boleh membantu anak-anak tempuh peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin. Jadi mak ayah yang ada anak nak tempuh peperiksaan boleh amalkan zikir ini, info padat daripada Rosmanita elin, rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung karang.


Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x

Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x

Bicara hati, Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x

Ya zohir 40x

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x

Ya Fatah 40x

Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x

Ya Baari’. 40x

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.

Mudah-muadahan perkongisan ini dirahmati Allah. Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna. Ini pula cara kedua yang mak ayah boleh buat…

  • Buat solat taubat, solat hajat khusus untuk anak. Dalam doa tu sebut nama anak…

Ya Allah, Kau kembalikan segala elmu yang anakku (sebut nama anak) tahu, izinkanlah anakku (sebut nama) menjawab soalan dengan baik dan lapang dada. Jadikan anakku (sebut nama) seorang professional yang mukmin.

  • Sepanjang anak exam, baca yassin atau zikir, bayangkan korang duduk sebelah anak dalam dewan peksa. Baca sepanjang anak jalani exam.
  • Pastikan anak gi exam dalam keadaan berwuduk.
  • Maafkan anak-anak dengan ikhlas.
  • Mak ayah bersedekah. Klu naik teksi, bayar lebih, atau bayar lebih kat makcik-makcik jual kuih, nasi lemak atau banje kawan opis sarapan. Bila kita gembirakan orang lain, Allah pasti gembirakan kita.
  • Pastikan environment kat umah dalam keadaan positif. Elakkan marah-marah adik-adik atau abang kakak yang lain untuk elakkan suasana tegang kat rumah.

Moga Allah berikan keputusan terbaik untuk anak-anak semua. Amin.