Amaran Dari Doktor.. Jangan Tinggalkan 7 Benda Ini Dalam Kereta.. Boleh Akibatkan Kematian!

Cuba lihat apa yang kita tinggalkan di dalam kereta, macam-macam kalau hendak disenaraikan.

Tapi adakah perbuatan kita itu, selamat atau merbahaya? Menjawab soalan ini, fahami penjelasan daripada doktor ini dan semoga diharapkan ianya dapat memberi kesedaran.

BAHAYA JIKA TINGGALKAN 7 BENDA INI DI DALAM KERETA!

1. MAKANAN / MINUMAN

Ada pek makanan dan minuman yang tidak direka untuk tahan panas dan cahaya matahari. Suhu dalam kabin kereta yang diletak di kawasan panas boleh mencapai sehingga 70°C.

Ada pek akan terurai pada suhu ini, dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elak makan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun belum dibuka peknya.

2. UBAT-UBATAN
Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada perlu disimpan di suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti ais. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.

Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.

3. PERANTI BERBATERI
Apa-apa peranti yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.

Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, peranti-peranti begitu sering menjadi sasaran pencuri.

4. TIN AEROSOL / SPRAY
Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi, ubat inhaler mengandungi udara yang di mampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.

Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

5. UBAT GEGAT / RACUN
Apa jua bahan beracun tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai, dsb. Apa bila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.

Bila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan anda tanpa anda sedari.

6. PEMETIK API / PETROL
Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu di dalam kereta. Ini perkara yang bahaya kerana pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas.

Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.

7. ANAK / KANAK-KANAK
Jangan tinggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.

Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.

Semoga bermanfaat!

sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan