Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Selangor Berterusan, Rakyat Selangor Perlu Tahu Tarikh Ini

SHAH ALAM – Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga 23 Februari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman sesawang rasminya memberitahu antara kawasan yang terlibat adalah Sepang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, Hulu Langat dijangka mengalami hujan sehingga Khamis dan diramal panas keesokannya.

Cuaca semasa di seluruh negeri boleh disemak melalui www.met.gov.my.

Artikel Berkaitan   “Kami Sudah Cari Dia, Akhirnya Jumpa Juga Tapi Dalam Keadaan Tidak Bernyawa” Warga Singapura Ditemui Dengan Jaket Keselamatan