Ambil Duit Orang Di Mesin ATM, Ini Permintaan Pemuda Ini Selepas Kantoi

Kekadang dalam kekalutan pasti akan ada yang tertinggal sesuatu perkara. Tambah-tambah lagi di mesin wang automatik (ATM), pasti akan ada yang terus pergi tanpa wang selepas kad dikeluarkan.

Hal ini terjadi kepada seorang lelaki yang terlupa untuk mengambil wang yang dikeluarkan dari mesin berkenaan. Namun, duit berkenaan dikatakan lesap apabila pihak tempat tersebut menunjukkan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab mengambil wang tersebut dan terus berlalu pergi.

Setelah meneliti daripada rakaman kamera litar tertutup, seorang lelaki ‘muda’ mengambil wang berkenaan walaupun bukan miliknya.

Syukur wang dipulangkan

Alhamdulillah syukur. Allah sebaik baik pengatur. Semua yang berlaku hari ini merupakan satu pelajaran yang amat mahal.

Terimakasih kepada semua netizen, Siakap keli, OhBulan dan Instagram. Juga Petronas HQ, orang-orang perseorangan dan group FB dan Wasap. Wartawan China Press dan ramai lagi sungguh sungguh ambil berat dan begitu prihatin.

Lihatlah kuasa viral mampu memecahkan kekusutan.Kuasa viral juga amat ditakuti. Sama ada kita terima yang baik-baik atau sebaliknya nauzubillah.

Berkali-kali minta video dip4damkan

3 Learning point yang saya perolehi daripada kejadian ini ialah:

1.Lebih focus
Apa juga tugasan beri tumpuan sungguh-sungguh, sebesar mana pun masalah kita, letak tepi. Focus dan focus.

2.Berlapang dada memaafkan orang
Tidak berdendam,sentiasa bersangka baik.

3.Ramai orang diluar sana bersama dengan kita bila kita mahukan yang baik-baik. Walaupun tak kenal ada yang nak bantu bagi duit, ada yang suruh buat report polis bagai.

Apapun terima kasih pada adik Danial (beliau mualaf dan memeluk Islam) kerana menyerahkan semula wang tersebut. Pihak majikan beliau mohon maaf. Berkali-kali beliau dan boss nya minta del3te video yang tengah viral sekarang. Yang mendapat perhatian dan ditonton lebih 153k view.

Artikel Berkaitan   “Power ah tangkap pakai tangan”- Netizen Terkejut Tengok Pemuda Ini Slumber Tangkap Biawak Guna Tangan