Amerika Syarikat Dilanda Panas Haba Yang Luar Biasa. Ini Merupakan Gelombang Kedua

Amerika Syarikat (AS) semalam berdepan gelombang haba kedua yang suhunya sama tinggi seperti yang sebelum ini semalam, dengan suhu pada waktu siang di beberapa bandar utama di negara berkenaan mencecah 38 darjah Celsius.

Gelombang haba yang mula melanda bahagian Barat Te­ngah AS hingga ke kawasan pantai Atlantik kelmarin menyebabkan 150 juta penduduk bergelut untuk menyejukkan badan kelmarin.

Rantau tersebut meliputi beberapa negeri termasuk Dakota Utara, Dakota Selatan, Nebraska, Minnesota, Iowa, Missouri, Wisconsin, Illinois, Kansas, Michigan dan Indiana.

“Suhu yang dialami di kota raya kita mungkin adalah yang tertinggi sejak beberapa tahun lalu. Sila ambil se­rius,” kata Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dalam satu kenyataan di Twitter.

“Suhu tinggi serta kelembapan boleh menyebabkan strok haba jika langkah berjaga-jaga tidak diambil,” kata Perkhidmatan Cuaca Nasional(NSW) pula.

Orang ramai digesa minum dengan kerap, menjaga mereka yang sakit serta warga tua, tidak meninggalkan kediaman selagi boleh dan tidak membiarkan kanak-kanak atau haiwan di dalam kereta.

Gelombang haba yang melanda AS mengorbankan tiga nyawa setakat ini.

Di Arkansas, bekas pemain Liga Bola Sepak Amerika (NFL) yang berusia 32 tahun, Mitch Petrus meninggal dunia akibat strok haba Khamis lalu selepas bekerja di luar kedai keluarganya.

Amaran gelombang haba turut dikeluarkan di sebahagian kawasan di timur Kanada.

Sementara itu, acara ­Triatlon Bandar New York yang dijadualkan semalam dibatalkan buat kali pertama sejak ia mula diadakan pada tahun 2001. – AFP

Artikel Berkaitan   Klinik LPPKN Tawarkan Pemeriksaan HPV DNA & Mamogram Percuma. Ini Caranya