“Ampun Ayah & Mak Beribu-Ribu Ampun” – Reaksi Ayah Norman Hakim Ditunjuk Tatu Di Bahunya.

Watak Norman Hakim sebagai Rafael dalam rancangan Sepahtu Reunion Live dengan ‘fake tattoo’ dibawa balik ke rumah ibu bapanya di Kuantan.

“Nahhh! Video 1st impression ayah tengok saya ber ‘fake tattoo’. Macam comel je.

“ye laa sbb dia dah umur 85 tahun.Cer kalau umur dia 58, sure saya kena rembat kaw kaw punya!” tulis Norman tentang videonya bergurau bersama ayah dan ibunya.

VIDEO:

Di dalam video tersebut boleh didengar ayah Norman menegurnya dengan lembut tapi tegas.

“Ini haram ni. Tak boleh bawa sembahyang. Ini [email protected] punya kerja,” tegur ayah Norman.

“Ampun ayah & makku beribu-ribu ampun, sembah anakanda harap diampun. Anakanda bergurau sahaja. Love both of u so..so..much,” tulis Norman.

Artikel Berkaitan   'Bengkel terpaksa ditutup kerana sikap bangsa Melayu asyik nak murah...'