” Anak Aku Sepatutnya Dalam Rumah Bukan Kerja”

Masih terbabit dengan penggambaran bersama sebuah produksi di Kelantan, Amy Search berang apabila anaknya, Nabila Huda aktif bekerja biarpun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam.

“Working! Go home now! Ini mana punya production house! Tak ada kepala otak ker? Hanya pentingkan diri sendiri. Korang semua duk rumah dengan selamatnya yang lain ambil risiko sebab korang nak habiskan cepat kerja korang”

“Hello PDRM tolong pergi cari dorang ni sebab paksa orang kerja dan melanggar perintah. Suruh anak-anak korang jer lah kerja. Dorang ni melanggar perintah kerajaan. Anak aku sepatutnya ada kat dalam rumah bukan kerja,” tulisnya.

Di ruangan komen, Abil membalas keluhan bapanya dengan memberitahu beliau sudah mendapatkan kebenaran dari pihak produksi untuk pulang. Malah rakan selebriti juga turut menasihati Abil agar berhati-hati.

Terdahulu pelakon itu memuat naik gambarnya menjamu selera hanya berbekalkan semangkuk mee segera di sebuah bilik hotel di Kelantan kerana tiada kemudahan dapur untuk memasak

Sumber : Rotikaya

Artikel Berkaitan   “Hidup tau nak seronok je” – Penjawat Awam Ditahan Tengah ‘Syok’ Berparti Liar Ketika PKP