Anak Angkat Nekad Lamar Nenek Angkatnya Yang Umur 65 Tahun Gara-Gara Terlalu Sayang

SUMATERA: Kerana cinta, warga emas sanggup menikahi anak angkatnya yang 41 tahun lebih muda daripadanya.

Tri Sutiyem, seorang nenek berusia 65 tahun di Lempuing, Sumatera Selatan disatukan dengan Ardi Waras, 24, pada 5 Jun lalu dalam majlis sederhana dihadiri keluarga dan jiran, menjadi bualan di media sosial.

Ardi adalah anak angkat Tri Sutiyem yang lebih dikenali Mbah Gambreng sejak setahun lalu.

Wanita itu tinggal sebatang kara selepas bercerai dengan bekas suaminya, 30 tahun lalu dan menjadikan Ardi anak angkat bersama beberapa orang lain.

Mereka membantunya berniaga dan menoreh getah di kampung itu.

“Selama ini tidak punya minat apa-apa, cuma sebulan lalu saya ada bercakap dengan Ardi menyuruhnya segera kahwin kerana tiga anak angkat perempuan sudah berkahwin.

“Tetapi saya terkejut apabila dia mahu menikahi saya,” katanya ketika dihubungi Kompas.com pada Selasa.

Selain membantu Mbah Gambreng, Ardi juga adalah penari kumpulan seni kuda kepang yang mana isterinya turut bergelar seorang daripada pengurus.

Wanita itu memberitahu senang menerima lamaran Ardi kerana sudah serasi sejak setahun lalu, malah dia juga tidak kisah menerima mas kahwin Rp100,000 (RM30.21) sahaja.

Bagaimanapun, pasangan itu beruntung apabila pernikahan mendapat tajaan syarikat pengurusan acara, Dian Gallery yang menaja, gambar, video, pakaian pengantin, alat solek dan dekorasi.

Pemilik syarikat itu, Dian Dian Dealova berkata, dia tergerak hati menaja pasangan berkenaan atas dasar kemanusiaan, apatah lagi mengetahui Mbah Gambreng gemar membantu orang dan menyara anak angkat

kredit harian metro