Anak buah kena gantung sekolah, dua lelaki serang guru di Bachok

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes pertengkaran dan salah faham melibatkan penjaga dan pendidik sekolah tular di laman media sosial.

Disebabkan perkara itu, para pengajar kebanyakannya terpaksa bertindak untuk berdiam diri dan sekadar ‘pejam mata’ dengan semua kesalahan anak didiknya.

Kelmarin, tular sebuah video di laman Twitter mengenai satu kejadian dimana penjaga menyerang serta mengasari Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung.

Dah kenapa serang cikgu pulak?
Dua individu dilihat bertindak menyerang guru yang berusia 52 tahun itu difahamkan adalah penjaga kepada pelajar yang bersekolah di situ.

“2 lelaki masuk kawasan sekolah SMK Sri Gunung, Bachok & menyerang seorang Penolong Kanan berusia 52 tahun.” Jelas posting tersebut.

Tak puas hati, kena gantung sekolah!
Motif utama dua lelaki terbabit bertindak sedemikian adalah disebabkan tidak berpuas hati kerana anak saudaranya digantung sekolah. Mereka berkata, pihak sekolah bertindak tanpa mengeluarkan sebarang amaran.

Namun guru berkenaan telah menjelaskan bahawa surat gantung sekolah berkenaan telah diserahkan melalui pelajar tersebut.

Artikel Berkaitan   “Hari Pertama Sek0lah Kena Ejek Sebab Tangan Cacat,” Resp0n Matang Anak Ini Buat Bapa Terharu