“Anak Tidak Berdosa Dijumpai Bersama Sampah Sarap Masih Lagi Bertali Pusat, Mungkin Ia Adalah Hasil “Projek” Sambutan Tahun Baru”

Menginjak hujung tahun, kes-kes buang bayi dilihat kerap dilaporkan di media massa. Bukan itu sahaja, bayi yang masih bertali pusat itu telah dibuang dan ditemui oleh orang awam di kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya seperti di tong sampah.

Sebentar tadi, pihak polis di kawasan Bandar Baru Nilai telah mengesahkan menemui satu mayat bayi di dalam tong sampah.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, mayat bayi tersebut yang masih bertali pusat telah ditemui oleh pekerja pembersihan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar jam 8.40 pagi.

Menurut pihak polis, setakat ini belum ada sebarang maklumat berkaitan kes tersebut dan penemuan mayat bayi itu masih dalam siasatan.

Namun begitu, menerusi komen-komen yang diperoleh daripada facebook sumber, rata-rata netizen telah membuat andaian mengenai punca pembuangan bayi tersebut. Mereka telah mengaitkan kes buang bayi dengan Sambutan Tahun Baru dan juga Hari Kekasih yang berlangsung pada setiap awal tahun.

Sehubungan dengan itu, netizen telah meninggalkan komen dengan menyalahkan ibu dan bapa kepada bayi malang itu berikutan tidak beringat sebelum melakukan perkara yang boleh membawa kepada lahirnya anak yang tidak berdosa itu.

Mereka terus-terusan menurunkan komen mengecam tindakan kejam tersebut kerana langsung tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.

Sumber : Berita Harian

Artikel Berkaitan   Ya Allah, Azabnya Buang 'Kolagen Saka' Di Dagu, Rasa Macam Nak Mati