Anak Tidak Lagi Derita [email protected], Ibu Ainul Mardhiah Sambung Belajar

Setelah anaknya Ainul Mardhiah selamat membuang ketumbuhan dalam mulut, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Tiada lagi penderitaan yang sering dilihat di depan mata, walau bagaimanapun bayi berusia 14 bulan itu masih perlu dipantau dan menjalani rawatan dari semasa ke semasa.

Namun perkara itu tidak menghalang niat wanita berusia 24 tahun tersebut meneruskan niatnya untuk menyambung pelajaran di sebuah institusi pendidikan swasta baru-baru ini.

Menurut Nurul Erwani, dia berhasrat bagi menyambung pengajian sejak dari dahulu lagi malah turut mendapat sokongan suaminya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak serta ahli keluarga yang lain.

“Alhamdulillah. Hari kedua menghadiri kelas di OUM. Keputusan untuk teruskan belajar memang impian dari dulu lagi. Suami dan keluarga pun beri sokongan untuk teruskan,” tulisnya.

Posting dimuat naik di laman Instagram itu mendapat reaksi positif pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat maju jaya serta berharap agar dipermudahkan urusan ibu Ainul.

Sumber : Nurul Erwani Zaidi

Artikel Berkaitan   “Laa Ingatkan Dah Mati”- Watak Ustaz Hamadi Masih Ada, Beliau Tidak Dibunuh, Ini Disahkan Sendiri Shahrulezad