Angkara Sendiri Pinjam, Terdesak Nak Bayar Ah Long, Bapa Paksa Anak Mengemis Dalam Hujan

Anak merupakan anugerah daripada Maha Pencipta yang tidak ternilai harganya. Amanah itu hendaklah dijaga dan dicorakkan agar menjadi insan berguna pada masa akan datang.


Namun, janganlah kita menjadikan anak sebagai satu wadah menarik simpati orang ramai bagi memperolehi sesuatu yang dihajati walaupun dalam keadaan terdesak.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Update & Info, seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Sonya Pilatus telah memuat naik gambar seorang kanak-kanak ditinggalkan oleh bapanya dengan satu bekas mengandungi duit seperti meminta sedekah.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Penang itu jelas menujukkan satu tong duit berada di hadapan kanak-kanak tersebut. Menerusi posting itu juga, pengguna Facebook tersebut turut menunjukkan perbualannya di dalam kumpulan Whatsapp mengenai gambar yang diambil.

Menurut perbualan itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah berhutang dengan Ah long. Oleh kerana gagal melunaskan bayaran, dia terpaksa meminta derma bagi mendapatkan wang untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.

Namun begitu, kesahihan daripada gamabr-gamabar yang tersebar di Facebook itu tidak dapat dipastikan lagi setakat ini. Walau bagaimanapun, jelas sekali bahawa kanak-kanak yang masih duduk di dalam stroller  itu dijadikan umpan untuk orang ramai menderma di dalam bekas duit dihadapannya.

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen sumber, rata-rata warganet telah mengecam tindakan tersebut. Mereka juga menganggap bahawa perbuatan bapa kepada kanak-kanak itu tidak wajar dan membahayakan keselamatan anaknya sendiri.

Sumber : Update&Info, SonyaPilatus